Kajiselidik Pesakit

Anda Penghidap




View Results
Free poll from Free Website Polls

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com

Stevia Visitors

Stevia Kajiselidik

Anda Tahu Tentang Stevia




View Results
Free web poll from Free Website Polls
 

stevia sweet corner

Jam Stevia



Sahabat Stevia

DIABETES KANAK-KANAK





Apakah Diabetes Mellitus?



  • Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.


  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.


  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.


  • Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.


  • 1. Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?



    > Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus



  • Diabetes Mellitus jenis 1


  • Diabetes Mellitus jenis 2


  • Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.



  • 3. Adakah penyakit ini sering berlaku?



  • Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.


  • Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini.


  • KANAK-KANAK OBESITI



    1. Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?



  • Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui


  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.


  • Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.


  • Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.


  • Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY)


  • 2. Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus?



    Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:



  • kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)


  • rasa haus yang amat sangat


  • berat badan menurun


  • rasa letih lesu dan kurang tenaga.


  • * Perhatian: (Kencing malam ) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya di kenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki.




    Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:



  • sakit perut dengan atau tiada muntah


  • sakit kepala


  • masalah tingkahlaku


  • mudah mendapat jangkitan terutama di kulit .


  • * Sekiranya gejala-gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).



    3. Apakah "Diabetic Ketoacidosis?



    • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.




    • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu masuk ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan. Diabetes Mellitus Jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibubapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan Diabetes Mellitus jenis 1.


    4. Masalah apakah yang ditimbulkan akibat Diabetes Mellitus?



    Permulaan komplikasi bergantung pada jangkamasa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan timbul di kemudian hari. Doktor anda akan memberitahu samada Diabetes Mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan rawatan susulan.

    Taraf glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan:

  • Ginjal : kegagalan ginjal


  • Mata : kebutaan


  • Jantung : serangan sakit jantung, serangan angin ahmar


  • Salur darah : tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak)


  • Sistem saraf : masalah deria


  • Organ reproduktif : mati pucuk (impotence)


  • Kaki : diabetic foot (masalah kaki)


  • Kulit : jangkitan kulit berulang seperti bisul,


  • Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing untuk mengesan sebarang komplikasi.


  • 5. Apakah hipoglisimia dan bagaimana anda mengenalinya?



    Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang anak anda mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.

    Tanda dan gejala hipoglisemia




  • Berpeluh sejuk / berpeluh banyak


  • Menggeletar


  • Letih dan lesu


  • Perubahan tingkahlaku / tidak sedar diri


  • Aras glukos rendah dalam pemantauan aras glukos di rumah



  • 6. Bagaimana merawat Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak?



  • Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan Diabetes Mellitus hospital (hospital diabetes team) seperti para doktor, Pegawai Diatetik, ahli fisioterapi, ahli terapi carakerja, Pakar Ortopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai


  • Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.


  • Sekiranya anak anda mempunyai Diabetes Mellitus Jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.



  • Dalam Diabetes Mellitus jenis 2, ubatan secara oral (makan) dan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.


  • Untuk kedua-dua jenis Diabetes Mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
    Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.



  • Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta haribulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.


  • Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai Diabetes Mellitus.


  • Pegawai Dietetik akan kerapkali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal aras glukos dalam darah.


  • Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap, kerana ini boleh membantu mengurangkan aras glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.


  • Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa.


  • Kanak-kanak yang mengalami Diabetes Mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara tetap dan dipantau oleh doktor.


  • 7. Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami Diabetes Mellitus?

    Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.



    8. Bolehkah Diabetes Mellitus dicegah?



    • Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat Diabetes Mellitus jenis 1


    • Untuk Diabetes Mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat (bersambung di gaya hidup sihat).


    Pemulihan :

    Kanak-kanak yang tidak mengawal Diabetes Mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.

    Kumpulan sokongan
    Persatuan Diabetis Malaysia
    No 2 Lorong 11/4 E
    46200 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
    Tel +603-79574062
    Fax +603-79557740
    Diabetes Resource Centre of respective hospitals


    No comments:

    Post a Comment

    SILA BERI KOMEN SEKIRANYA TUAN/PUAN MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA & INGIN BERKONGSI PENGALAMAN DALAM PERNIAGAAN SERTA PEMASARAN.

    BERITA TERKINI

     

    .::SEMASA::.

     

    PELUANG HANYA DATANG SEKALI SAHAJA BILAMANA ANDA BUKAN DALAM KEADAAN BERSEDIA, JIKA BERMINAT UNTUK JADI AGEN STEVIA SWEET SILA NYATAKAN NO. TEL & LOKASI ANDA DLM RUANGAN STEVIA SWEET CORNER DI SEBELAH KANAN PANEL

     

    .::MAKLUMAN::.

     

    "NIKMATILAH MINUMAN MANIS YANG MENYIHATKAN & TANPA MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA. DAPATKAN PELBAGAI PERISA BERASASKAN STEVIA DALAM PRODUK MINUMAN KAMI @ SILA HUBUNGI HAFIZ 0193424741"

     

    PEMBORONG NEGERI & PEMBORONG 1MALAYSIA DIPERLUKAN SEGERA
     

    SILA HUBUNGI :

     

    HAFIZ : 019-3424741

     

    .::PROMOSI::.

     

    UNTUK SESIAPA YG BERMINAT UNTUK MENJADI AGEN STEVIA SWEET, PROMOSI YG KAMI TAWARKAN SEMPENA 2012 ADALAH PRODUK TERBARU KAMI IAITU PREMIUM :

     

    STOKIS LESS 50% + PERCUMA EKSTRAK 1BTL SETIAP 2BTL PREMIUM

     

    PENGEDAR LESS 40% + PERCUMA 1BTL CORDIAL SETIAP 2BTL PREMIUM

     

    .::KEMPEN::.

     

    1 HA LAL

     

    1 MALAYSIA

     

    1 RUM AH1 STEVIA

     

    Kempen Kementerian Kesihatan Malaysia

     

    "JOM KURANGKAN GULA"

     

    Amalan menggunakan STEVIA mampu mengimbangi & mengurangkan kandungan gula di dalam badan.

    PROGRAM HOMESTAY SG BESAR
     
    FIRST & SECOND
    STEVIA BABY BORN
    EDISI LANGKAWI
    MAJLIS PEMBUKAAN R&Z BEAUTY  
    KARNIVAL ADAT RAKYAT SELANGOR  
     
    PROGRAM KOPERASI ANGKASA
     
     
    STEVIA VS SUGAR

    STEVIA NUTRITION INSTEAD OF OTHER SWEETENER

    HOW MUCH STEVIA YOU SHOULD USE INSTEAD OF SUGAR

    SWEETENER COMPARISON

    HUBUNGI PERUNDING KAMI











    Stevia Nutrition Data